Sekarang ni online sudah merupakan satu habit. Entahla kalau tak online rasa seolah-olah nak bersin tapi tak dapat bersin. Geram sangat.! Rasa nak panggil bersin datang cepat-cepat kat kita. Paham tak macam mana rasanya?
Dulu sebelum takder facebook, takderlah online sekerap sekarang. Dulu time friendster dan myspace. Log-in pastu tengok komen, tak memberangsangkan langsung. Setakat komen
"Thanks for the add.." aku guna template komen jer reply,
"Welcome :) Saya Mohd Farwalis orang panggil Caki, saya suka lempeng dan lemang. Lempang saya tak suka. Saya suka makan dan makan. Benda paling saya suka of course la makan.."
Sekarang bila log-in facebook terus excited tengok notification. Kadang-kadang ada 41, ada 69, ada 18.. Tapi selalunya banyak photo comment yang ditag jer. heheh..best sangat kan dapat main tag-tag nih??
So berbalik kepada online yang sudah menjadi satu habit ni, sekarang ni dah jarang nak tengok CSI, Lost, House dengan cerita-cerita lain. Kalau tengok TV pun, masa tengok bola jerlah. Itupun kalau ada game best macam Manchester United lawan Chelsea haritu. Oppss dua-dua bukan pilihan hati. Aku sokong Johor FC dan Johor. *dan pasukan dari Anfield teheehee..
Ada satu yang aku rasa agak terkilan tentang habit nak online setiap masa ni, duduk satu rumah tapi berbual kat Yahoo Messenger jer. Langsung tak borak-borak kat rumah.. Tapi kat Yahoo Messenger bukan main galak!
Bukanlah best sangat pun kalau dapat borak sambil wat icon comel-comel untuk tunjukkan diri kita ni comel. Tapi kalau dah jumpa budak rumah kat Yahoo Messenger jer, maka borak pun kat situ jerlah. Nak kongsi duit sewa rumah? Bagi face-to-face? Silap. Maybank2u weh... Memang online sudah mengurangkan skil berbual di rumah.
Tapi takperlah, online atau face to face, kita tetap dapat menjalinkan silaturrahim. Cuma buat yang suka post status nak marah-marah tu. Kalau boleh hentikanlah. Kami satu dunia tahu bila awak tengah marah. Dan hari-hari marah?? mak aih kau ni memang pemarah laaaa!! Come on lets hear Dewa - Hadapi Dengan Senyuman :)
Okay peace bye Assalamualaikum :)
p/s: Kepada budak rumah, kalau nak borak face-to-face, jom kita minum sama nanti k. Biarlah TV rumah tu menyala dengan rancangan bola sepak jer k? hehe
p/s: One shot and two birds down ni maksud aku sambil online sambil dapat borak dengan budak rumah. Maaf berkias-kias lak. Barula pujangga kalau berkias :)
After Log-in Facebook!


